Ikan Kelah Bara Lipan

Ikan Kelah Bara Lipan
Kepada anda di luar sana yg berminat dgn ikan ini, segala info, khidmat nasihat, tips penjagaan atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 013-3075154

Tuesday 11 February 2014

Mengenali Tabiat Ikan Kelah


Ikan Kelah atau nama lainnya Tor Tambroides adalah spesis yg sangat pemalu yg mendiami sungai-sungai pergunungan Semenanjung Malaysia di sekitar negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan juga Selangor.

Tabiat atau perangai ikan ini sangat sukar dibaca atau diduga oleh sebilangan kecil pemelihara Kelah.
Biasanya Ikan Kelah yg mendiami kawasan air terjun atau hulu sungai bersifat sangat agresif, berhati-hati dan hanya memakan buah-buah hutan atau serangga.

Ikan Kelah yg mendiami hulu sungai sangat peka dan sensetif terhadap persekitaran. Bagi pemancing atau pemburu Kelah di kawasan hulu sungai, anda tidak boleh membuat bising seperti menghentak kaki dgn kuat ketika berjalan menyusur tebing, memijak ranting atau membaling sesuatu objek atas tanah yg berdekatan dgn tebing sungai.




Ikan Kelah yg mendiami kawasan pertengahan dan hilir sungai pula tidak memilih makanan. Ia akan makan apa saja termasuklah buah sawit, perut ayam, dedak, roti gardenia, cengkerik dan cacing.

Mungkin kerana itulah isi Kelah di kawasan hilir sungai tidak sepejal dan sesedap isi Kelah yg mendiami kawasan hulu.
Ini mungkin kerana faktor makanan dan air. Air di hulu adalah air bersih dan masih tidak bercampur-baur dgn benda-benda yg mencemarkan sungai.

Oleh itu, sungai adalah sumber alam yg perlu dipelihara untuk mengekalkan variasi spesis yg sangat berharga ini.