Ikan Kelah Bara Lipan

Ikan Kelah Bara Lipan
Kepada anda di luar sana yg berminat dgn ikan ini, segala info, khidmat nasihat, tips penjagaan atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 013-3075154

Monday, 17 March 2014

Benih Ikan Kelah Bara Lipan

 Kepada anda di luar sana yg berhajat untuk membuat kolam ikan hiasan atau akuarium dan anda sedang mencari spesis ikan yg sangat cantik, aktif dan agresif untuk dipelihara, saya ada jawapannya..



Dapatkan segera anak benih ikan Kelah Bara Lipan yg di datangkan khas untuk anda dari habitat liar yg terdapat di sungai-sungai pergunungan Semenanjung Malaysia..





Ini adalah anak Kelah yg bersaiz 6 - 6 inci.. kepada yg berminat, tunggu apa lagi?? hubungi segera talian 013-3075154 untuk sebarang pertanyaan atau permintaan. (Kuantiti terhad)

Tuesday, 11 February 2014

Mengenali Tabiat Ikan Kelah


Ikan Kelah atau nama lainnya Tor Tambroides adalah spesis yg sangat pemalu yg mendiami sungai-sungai pergunungan Semenanjung Malaysia di sekitar negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan juga Selangor.

Tabiat atau perangai ikan ini sangat sukar dibaca atau diduga oleh sebilangan kecil pemelihara Kelah.
Biasanya Ikan Kelah yg mendiami kawasan air terjun atau hulu sungai bersifat sangat agresif, berhati-hati dan hanya memakan buah-buah hutan atau serangga.

Ikan Kelah yg mendiami hulu sungai sangat peka dan sensetif terhadap persekitaran. Bagi pemancing atau pemburu Kelah di kawasan hulu sungai, anda tidak boleh membuat bising seperti menghentak kaki dgn kuat ketika berjalan menyusur tebing, memijak ranting atau membaling sesuatu objek atas tanah yg berdekatan dgn tebing sungai.




Ikan Kelah yg mendiami kawasan pertengahan dan hilir sungai pula tidak memilih makanan. Ia akan makan apa saja termasuklah buah sawit, perut ayam, dedak, roti gardenia, cengkerik dan cacing.

Mungkin kerana itulah isi Kelah di kawasan hilir sungai tidak sepejal dan sesedap isi Kelah yg mendiami kawasan hulu.
Ini mungkin kerana faktor makanan dan air. Air di hulu adalah air bersih dan masih tidak bercampur-baur dgn benda-benda yg mencemarkan sungai.

Oleh itu, sungai adalah sumber alam yg perlu dipelihara untuk mengekalkan variasi spesis yg sangat berharga ini.



Saturday, 19 January 2013

Lubuk Sang Kelah


Jeram Sungai Pergunungan
Tempat - tempat seperti di bawah contohnya adalah sungai yang berjeram kecil yang mana tempat seperti ini adalah kawasan permainan semua jenis ikan termasuklah Ikan Kelah.

Kawasan tempat berbatu menjadi tempat permainan Sang Kelah




Selain lubuk, kawasan jeram adalah penting di dalam ekosistem sungai kerana ia adalah tempat untuk ikan2 ini 'exercise'. Kelah adalah ikan yg mempunyai otot yg kuat dan sistem arus yg deras dapat membantu ia mengekalkan kekuatan dan stamina untuk menongkah arus di sungai-sungai  kawasan pergunungan.



Sewaktu ia dalam proses untuk 'menghempas telur', Ikan Kelah akan berenang hingga ke hulu sungai yg kadang-kadang berjarak beratus-ratus kilometer jauhnya. Sebab itulah ikan jenis ini memerlukan otot dan stamina yg "power" untuk terus berenang.


Monday, 14 January 2013

Video Bara Lipan Peliharaan

Ini adalah koleksi peribadi ikan kelah bara lipan yg telah sy pelihara sejak 1 tahun yg lalu. Sila lihat video di bawah: 




Ini jenis Kelah Bara Lipan



Ini pula jenis Kelah Himalaya


Terbaik OOoooo

Harga Ikan Kelah


Senarai Saiz dan Harga Ikan Kelah
-------------------------------------------

                 

                      Saiz                                          Harga (setiap seekor)

                      3.5 inch                                    RM25
                      4 - 5 inch                                  RM45 - RM60
                      6 - 7 inch                                  RM80 - RM120
                      8 - 10 inch                                RM150 - RM180

                      Hubungi saya di talian 013-3075154 (Che Mat)


 Ikan dijamin 100% asli (bukan ikan ternak kolam atau yg dihasilkan melalui kaedah penetasan)



Jadi, kpd anda yg fanatik utk memelihara ikan ini di dalam akuarium atau kolam rumah anda, sila hubungi saya segera. Khidmat nasihat atau segala bantuan berhubung dgn cara2 pemeliharaan ikan ini akan saya kongsi. sila hubungi saya di talian 013-3075154.

Saturday, 30 April 2011

Raja Sungai Pergunungan




Kita selalu mendengar tentang kehebatan Si Raja Sungai iaitu Kelah. Ikan Kelah adalah spesis yg sangat terkenal dengan kecantikan, stamina, kelajuan, daya juang yg hebat dan tidak lupa juga pada keenakkan isinya. Di Malaysia, hanya ada beberapa negeri sahaja yg menyimpan spesis ini. Antaranya adalah Selangor, Perak, Pahang, Terengganu & Kelantan, termasuklah Sabah & Sarawak.
Setiap sungai2 ini menyimpan beberapa jenis Kelah yg berbeza dari segi rupa, bentuk, warna, tabiat, dan pemakanan.


Sepanjang penyelidikan saya, Kelah di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis iaitu Merah, Merah Bara, Bara Lipan, Emas, Biru & Putih(Rebong). Kelah Merah biasanya terdapat di Terengganu. Kelah Emas @ Bara Lipan pula hanya terdapat sebilangan kecil sahaja di Selangor dan Perak. Kelah Biru biasa terdapat di Kelantan & Pahang tapi dalam jumlah yg tak banyak. Kelah Putih @ Rebong pula boleh dikatakan mendiami di semua sungai yg saya sebutkan di atas. tapi Kelah Putih biasanya hanya mendiami di kawasan hilir sungai dan sgt jarang dijumpai di kawasan hulu sungai.





Bagi sungai2 yg terdapat di Sabah & Sarawak pula, ikan ini dikenali sebagai Empurau dan Pelian. Setiap Kelah yg mendiami hulu sungai akan mempunyai bentuk badan yg panjang @ aerodynamic. manakala Kelah yg mendiami hilir sungai akan mempunyai bentuk badan yg pendek dan gempal. Ikan Kelah yg mendiami kawasan air berbukit ataupun hulu sungai adalah jauh lebih aktif dan agresif jika dibandingkan dengan Kelah yg mendiami kawasan hilir sungai. Ini kerana, kawasan jeram dan berbatu di hulu sungai secara otomatik akan menghasilkan arus yg laju kerana sungai di bahagian hulu biasanya akan menuruni cerun. Inilah yg menyebabkan ikan jenis ini akan menjadi lebih agresif bila ia mendiami kawasan hulu sungai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang Kelah Bara Lipan. Sila lihat gambar di bawah. Ini adalah Kelah Bara Lipan peliharaan saya sejak setahun lalu.. susah nak dapat tapi senang nak jaga. Kuat makan plak tu. Dari segi makanan pulak, bagi je makan palet ikan yg berharga sederhana. jgn bagi makanan yg murah sgt tu, takde zat. Sepanjang pengalaman saya, Ikan Kelah ni memang lambat besar. Kalau kat habitat semulajadi seperti sungai, Kelah memerlukan masa 2 tahun atau lebih untuk mencapai berat 1 KG. kalau bela di dalam akuarium pula, dari saiz 5 inci ia memerlukan masa lebih kurang 3 tahun utk mencapai berat sehingga 1kg. lama kan?


Memang susah nak percaya kan? itulah hakikat dan tekanan sebenar ikan ni. dah la lambat besar, bila kena pancing terus masuk kuali. macam mana nak membiak.
Untuk makluman pembaca sekalian, saiz matang bagi Kelah untuk bertelur adalah apabila ia mencecah saiz lebih dari 3 kilogram. cuba bayangkan.. selama ni kita rakyat Malaysia ikut suka je amalkan Tangkap dan Makan. Macam mana la spesis ni tak pupus?? Cubalah kita renung2kan....