Ikan Kelah Bara Lipan

Ikan Kelah Bara Lipan
Kepada anda di luar sana yg berminat dgn ikan ini, segala info, khidmat nasihat, tips penjagaan atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 013-3075154

Saturday 30 April 2011

Raja Sungai Pergunungan




Kita selalu mendengar tentang kehebatan Si Raja Sungai iaitu Kelah. Ikan Kelah adalah spesis yg sangat terkenal dengan kecantikan, stamina, kelajuan, daya juang yg hebat dan tidak lupa juga pada keenakkan isinya. Di Malaysia, hanya ada beberapa negeri sahaja yg menyimpan spesis ini. Antaranya adalah Selangor, Perak, Pahang, Terengganu & Kelantan, termasuklah Sabah & Sarawak.
Setiap sungai2 ini menyimpan beberapa jenis Kelah yg berbeza dari segi rupa, bentuk, warna, tabiat, dan pemakanan.


Sepanjang penyelidikan saya, Kelah di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis iaitu Merah, Merah Bara, Bara Lipan, Emas, Biru & Putih(Rebong). Kelah Merah biasanya terdapat di Terengganu. Kelah Emas @ Bara Lipan pula hanya terdapat sebilangan kecil sahaja di Selangor dan Perak. Kelah Biru biasa terdapat di Kelantan & Pahang tapi dalam jumlah yg tak banyak. Kelah Putih @ Rebong pula boleh dikatakan mendiami di semua sungai yg saya sebutkan di atas. tapi Kelah Putih biasanya hanya mendiami di kawasan hilir sungai dan sgt jarang dijumpai di kawasan hulu sungai.





Bagi sungai2 yg terdapat di Sabah & Sarawak pula, ikan ini dikenali sebagai Empurau dan Pelian. Setiap Kelah yg mendiami hulu sungai akan mempunyai bentuk badan yg panjang @ aerodynamic. manakala Kelah yg mendiami hilir sungai akan mempunyai bentuk badan yg pendek dan gempal. Ikan Kelah yg mendiami kawasan air berbukit ataupun hulu sungai adalah jauh lebih aktif dan agresif jika dibandingkan dengan Kelah yg mendiami kawasan hilir sungai. Ini kerana, kawasan jeram dan berbatu di hulu sungai secara otomatik akan menghasilkan arus yg laju kerana sungai di bahagian hulu biasanya akan menuruni cerun. Inilah yg menyebabkan ikan jenis ini akan menjadi lebih agresif bila ia mendiami kawasan hulu sungai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang Kelah Bara Lipan. Sila lihat gambar di bawah. Ini adalah Kelah Bara Lipan peliharaan saya sejak setahun lalu.. susah nak dapat tapi senang nak jaga. Kuat makan plak tu. Dari segi makanan pulak, bagi je makan palet ikan yg berharga sederhana. jgn bagi makanan yg murah sgt tu, takde zat. Sepanjang pengalaman saya, Ikan Kelah ni memang lambat besar. Kalau kat habitat semulajadi seperti sungai, Kelah memerlukan masa 2 tahun atau lebih untuk mencapai berat 1 KG. kalau bela di dalam akuarium pula, dari saiz 5 inci ia memerlukan masa lebih kurang 3 tahun utk mencapai berat sehingga 1kg. lama kan?


Memang susah nak percaya kan? itulah hakikat dan tekanan sebenar ikan ni. dah la lambat besar, bila kena pancing terus masuk kuali. macam mana nak membiak.
Untuk makluman pembaca sekalian, saiz matang bagi Kelah untuk bertelur adalah apabila ia mencecah saiz lebih dari 3 kilogram. cuba bayangkan.. selama ni kita rakyat Malaysia ikut suka je amalkan Tangkap dan Makan. Macam mana la spesis ni tak pupus?? Cubalah kita renung2kan....






No comments:

Post a Comment